Subscribe:

Ads 468x60px

.

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PSS SMKKKLIA 71800, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Sejarah PSS

Pengenalan PSS SMKKKLIA

Sejarah Ringkas SMK Kompleks KLIA (1998 – 2011)
SMK Kompleks KLIA (SMKKKLIA) ditubuhkan secara rasmi pada 16 Jun 1998 dengan menumpang di bangunan SK Kompleks KLIA. Guru perintis SMKKKLIA seramai 19 orang yang terdiri daripada pengetua pertama, Encik Abdul Hamid bin Akub, GPK Akademik pertama, Pn. Hjh. Norhayati, GPK HEM pertama, Pn. Sakdiah bt Abdul Rahman, GPK Kokurikulum pertama, Pn. Sarinah bt. Hashim dan 15 orang guru.
Pada 1 Mac 2000, SMKKKLIA mula beroperasi di bangunan sendiri. Bangunan SMKKKLIA telah dirasmikan pada 10 Julai 2004 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Pada tahun 2004 juga, sekolah ini telah dikategorikan sebagai Sekolah Bandar.
Pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang disertai oleh pelajar-pelajar di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa telah berjaya mengharumkan nama SMKKKLIA. SMKKKLIA juga telah beberapa kali diberi sijil-sijil penghargaan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi matapelajaran yang mencapai keputusan 100% peratus dan GPS keputusan PMR dan SPM yang menunjukkan peningkatan prestasi dari tahun sebelumnya.
Kini SMKKKLIA telah beroperasi selama 13 tahun dari tahun 1998 – 2011 dbawah pentadbiran oleh 4 orang pengetua. Pengetua terkini (2009 - kini) iaitu Tn. Hj. Md Fiah bin Md Jamin, adalah seorang pengetua cemerlang yang sentiasa berusaha gigih meningkatkan prestasi pelajar-pelajar SMKKKLIA dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Penjana kecemerlangan SMKKKLIA pada tahun ini terdiri daripada 87 guru dan 11 kakitangan bagi memastikan visi dan misi sekolah tercapai dengan jayanya.


Latarbelakang PSS SMKKKLIA


Senarai ringkas penubuhan PSS SMKKKLIA


Pencapaian-pencapaian /Anugerah


0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.